KUALA LUMPUR – Jangkitan Covid-19 hari ini dilihat kembali melonjak naik apabila sebanyak 7,234 kes dilaporkan berbanding hanya lingkungan 5,000 sahaja semalam.
Bilangan terkini itu meningkat sebanyak 1,514 berbanding semalam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kumulatif kes positif dalam negara sehingga kini adalah 2,895,014 kes.
Sebagai rekod 5,720 kes harian yang telah dilaporkan semalam manakala 3,968 kes telah sembuh.- MalaysiaGazette