Home Nasional 11 kematian Covid-19 semalam

11 kematian Covid-19 semalam

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 kes kematian akibat Covid-19 semalam, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia.

Angka itu termasuk empat kes kematian di luar hospital (BID), sekali gus menjadikan jumlah terkumpul kematian kini mencecah angka 32,011.

Johor mencatatkan tiga kes kematian diikuti Pulau Pinang dan Sabah dengan dua kes.

Selangor, Perak, Kedah dan Terengganu masing-masing satu kes kematian yang direkodkan setakat 11.59 malam tadi.

Dalam tempoh itu, Malaysia merekodkan sejumlah 63,395 kes aktif termasuk 118 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 57 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes Covid-19 di negara ini terus meningkat kepada 2,895,014. – MalaysiaGazette