Home Ekonomi Projek perumahan Pristine 3 sudah 60% dijual

Projek perumahan Pristine 3 sudah 60% dijual

Lakaran artis Pristine 3 yang dibangunkan oleh TH Properties.

KUALA LUMPUR – Projek kediaman Pristine 3 di Bandar Enstek yang dibangunkan oleh TH Properties Sdn Bhd (TH Properties) sudah 60 peratus dibeli dalam masa seminggu pelancarannya.

Rumah teres dua tingkat itu dibina dengan nilai pembangunan kasar RM20.26 juta.

Ia terletak di pinggi bandar KLIA.

Pristine 3 ialah salah satu pembangunan perumahan kontemporari terbaharu TH Properties yang dibina di atas tanah pegangan bebas di Bandar Enstek oleh anak syarikat milik penuh Kumpulan, THP Enstek Development Sdn. Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azman Ibrahim berkata, sambutan baik bagi fasa tersebut adalah lanjutan daripada Fasa 1 dan 1 Pristine, masing-masing dilancarkan pada Oktober 2017 dan Julai 2018 yang telah dijual sepenuhnya.

“Sejak Sabtu lalu, 60 peratus fasa Pristine 3 telah dijual dengan nilai RM12,228,890. Kami mengharapkan minat positif daripada pembeli rumah akan berterusan kerana Pristine 3 sangat sesuai untuk keluarga yang sedang berkembang dan pemburu harta tanah yang mahu tempat terpencil yang damai dan tenang,” katanya.

Pristine 3 ditawarkan dalam dua unit berbeza – 20’ x 77’ Jenia A1 mempunyai keluasan binaan seluas 1,584 kaki persegi dan ditawarkan pada harga dari RM576,700.00.

Manakala, unit 20’ x 100’ Jenis A2 berharga dari RM592,800.00.

Semua rumah teres dua tingkat mempunyai empat bilik tidur dan tiga bilik mandi dan dibina untuk memastikan keselesaan maksimum, keselamatan dan privasi. – MalaysiaGazette