JOHOR BAHRU – Orang ramai sudah bijak menilai manifesto realistik demi pembangunan di Johor dan memastikan ia tidak akan ‘kencing’ rakyat.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, manifesto Barisan Nasional (BN) tidak menjanjikan bulan dan bintang bagi memenangi hati rakyat.
Sebaliknya, BN komited dengan agenda ingin membantu rakyat dan menjadikan Johor sebuah negeri maju dan makmur.
“Sebab kita memang mahu pilihan raya, sekurang-kurangnya manifesto kita tiadalah kita (BN) nak kencing sesiapa. Kita pun tidak tahu bila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan tetapkan tarikh penamaan calon, jadi kita perlu tunggu satu persatu dan ini semua ada urutannya.
“Semua ini mesti bersebab, kita yakin kita mahu berikan untuk rakyat pertimbangkan dan kita (BN) tidak akan menggunakan pendekatan menipu, janji bulan bintang.
“Kita bukan main sentimen atau main emosi,” katanya ketika diminta mengulas mengenai manifesto BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.
Sebelum itu, beliau menyaksikan 50 ahli Bersatu termasuk Ketua Cawangan Taman Molek Harmoni keluar parti dan menyokong UMNO di sini malam tadi.
“Kita nak beritahu rakyat kita boleh bawa kestabilan dan kita pastikan rakyat Johor ada masa depan.
“Kita tak perlu layan parti lain, layan orang lain, kita nak buat apa untuk Johor sahaja,” kata Khaled.- MalaysiaGazette
Rakyat waras akan tahu siapa umno selama 60 tahun jadi kerajaan yang bermula dengan baik berakhir dengan kemusnahan . Umno tak akan berubah menjadi baik sekali lagi. Gst akan diadakan semula kliptokrasi akan menjadi asas pentadbiran rakyat akan ditipu habis2an . Yang taksub akan hanyut tenggelam
Kepada pengudi diharap kamu jangan menyusahkan orang lain dengan undian kamu itu sebagai penentu.
Untok mengajar umno rakyat boleh pilih umno pada prn johor ini .tapi bila pru15 nanti boikot habis2an biar hilang deposit . Itulah pengajaran yang berkesan untuk rakyat lakukan .