MAGHRIBI – Seorang budak lelaki berusia lima tahun yang terperangkap dalam perigi selama empat hari telah meninggal dunia, walaupun usaha keras dilakukan untuk menyelamatkannya.
Kenyataan diraja mengumumkan kematiannya sejurus selepas kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan.
Kisah Rayan mendapat liputan luar biasa kerana orang ramai menunggu dengan penuh debar ketika usaha-usaha mengeluarkannya dari perigi itu dilakukan sejak beberapa hari.
Rayan terjatuh di dalam perigi sedalam 32 meter (104 kaki) melalui lubang kecil.
Kerja-kerja menyelamat pula terhalang kerana kebimbangan tanah runtuh.
Pasukan penyelamat akhirnya membawa budak lelaki itu keluar dari perigi pada petang Sabtu.
Semasa dikeluarkan tiada maklumat mengenai keadaannya.
Bagaimanapun, kegirangan orang ramai selepas dia dikeluarkan menjadi berita sedih selepas kematian Rayan diumumkan.
Ayah Rayan sedang membaiki perigi ketika kemalangan berlaku pada hari Selasa.
Dia memberitahu media tempatan keesokan harinya bahawa anaknya telah jatuh ke bawah pada ketika saya mengalihkan pandangan daripadanya.
Menurutnya, bapa Rayan dia tidak terlelap ketika anaknya terjatuh.
Rakaman pada Khamis dari kamera yang diturunkan ke dalam perigi menunjukkan Rayan masih hidup dan sedar, tetapi tidak ada maklumat terkini mengenai keadaannya selepas itu.
Pasukan penyelamat cuba mendapatkan oksigen, makanan dan air untuknya tetapi tidak jelas sama ada dia telah mengambilnya.
Campuran tanah berbatu dan berpasir telah menyebabkan kerja-kerja menyelamat terpaksa dilakukan dengan berhati-hati.
Jentolak digunakan untuk memotong parit besar di sebelah telaga.
Operasi itu terpaksa dihentikan beberapa kali bagi membolehkan petugas memeriksa sama ada lereng bukit itu selamat daripada runtuh dan tiada tanah memasuki telaga. – Agensi