MINSK – Seorang wanita ‘dicekik’ oleh rambutnya sendiri selepas ia terjerat dalam mesin kilang semasa melakukan temu duga kerja.
Umida Nazarova, 21, juga mengalami kecederaan serius di kepala dan sebahagian kulit kepalanya tercabut ketika rambutnya melilit lehernya.
Wanita cantik itu meninggal dunia 20 hari kemudian selepas tidak sedarkan diri di Borisov, Belarus.
Umida, seorang pembantu kedai yang hamil tujuh minggu memohon pekerjaan baharu di kilang Svarmet di Borisov, yang menghasilkan wayar kimpalan dan elektrod.
Kakitangan kanan sedang menunjukkan kilangnya apabila rambutnya yang tidak diikat tiba-tiba terperangkap di dalam mesin, menyebabkan dia cedera parah.
“Tekaknya cedera,” menurut doktor.
“Rambutnya melilit di lehernya dan dia ditarik ke dalam mesin,” kata ibunya, Olga.
Bapanya, Dmitry mendakwa, berlaku pelanggaran peraturan keselamatan semasa insiden itu berlaku.
“Mereka melihat dia berambut panjang, jadi mengapa mereka tidak memberinya sesuatu untuk menutupnya?” soalnya.
Jawatankuasa Penyiasatan Belarus berkata, semasa kejadian: “Seorang pekerja, yang menunjukkan kepadanya bagaimana peralatan itu beroperasi berhenti seketika untuk membuat rekod dalam daftar.
“Apabila dia menoleh, dia melihat wanita itu sudah terbaring di atas lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri, rambutnya kusut masai dalam mesin,” katanya.
Mahkamah telah menjatuhkan hukuman kepada ketua kilang pengeluaran yang tidak dinamakan kerana “gagal melaksanakan tugas rasminya kerana sikap tidak jujur dan cuai…menyebabkan kematian seseorang”. (https://au.news.yahoo.com/pregnant-woman-dies-after-hair-pulled-into-factory-machine-021247507.html)