Home Utama KKM ramal kes positif Covid-19 naik sehingga 15,000 sehari

KKM ramal kes positif Covid-19 naik sehingga 15,000 sehari

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) meramalkan kes positif Covid-19 akan terus meningkat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya menjangkakan kes harian Covid-19 boleh mencecah sehingga 15,000 kes sehari.

“Sepenuhnya ke dalam gelombang Omicron. Kes akan mencecah 15k (15,000) tidak lama lagi,” katanya di Twitter beliau hari ini.

KKM membuat ramalan itu memandangkan kes positif Covid-19 sudah mencecah paras 10,000 hari ini.

Dalam pada itu, Khairy menggesa orang ramai agar mendapatkan suntikan dos penggalak vaksi Covid-19 bagi mengoptimumkan perlindungan diri masing-masing terhadap Covid-19.

“Masih ada satu juta warga emas yang tiada dos penggalak. Tolong maklum kepada orang-orang tua kesayangan anda untuk mendapat dos penggalak dengan segera,” jelasnya lagi. – MalaysiaGazette