Home Nasional Taman Rimba Mentakab kena PKPD mulai esok

Taman Rimba Mentakab kena PKPD mulai esok

Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini memaklumkan satu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikenakan terhadap Taman Rimba Mentakab, Temerloh mulai esok.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini memaklumkan satu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikenakan terhadap Taman Rimba Mentakab, Temerloh mulai esok.

Menurut Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md Saad, pelaksanaan PKPD itu akan dilaksanakan sehingga 20 Februari depan.

Dalam pada itu, satu PKPD ditamatkan esok iaitu di Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah, Rompin.

Untuk rekod, PKPD itu dilaksanakan mulai 25 Januari lalu.

MKN turut memaklumkan tiada pelanjutan pelaksanaan PKPD setakat hari ini. – MalaysiaGazette