KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan tiga serbuan untuk siasatan dokumen-dokumen penting melibatkan pegawai-pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Serbuan itu dijalankan di tiga lokasi berasingan iaitu di Jalan Mara, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang.
MalaysiaGazette turut difahamkan Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf membuat laporan polis berhubung dakwaan-dakwaan salah guna kuasa dalam agensi itu.
Mungkin lebih banyak pendedahan dibongkorkan berkaitan salah guna kuasa membabitkan segelintir pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Mara Corporation dalam masa terdekat ini.
Pagi tadi, MalaysiaGazette melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memulakan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan beberapa pegawai kanan Majlis MARA hari ini susulan beberapa siri pendedahan di laman sosial.
Ketika ini wartawan MalaysiaGazette berada di luar pejabat MARA Cop di tingkat 20 Hotel Primera dan difahamkan beberapa pegawai SPRM masih lagi berada dalam bangunan tersebut sejak pagi tadi. – MalaysiaGazette