Home Seni Hidup Nurraysa bantu 182,000 usahawan sejak pandemik

Nurraysa bantu 182,000 usahawan sejak pandemik

Nur Aini Zolkepeli di atas pentas utama Konvesyen Usahawan Jutawan Nurraysa 2022.

KUALA LUMPUR – Syarikat kosmetik dan kecantikan, Nurraysa Global Sdn. Bhd. (Nurraysa) berjaya membantu lebih 182,000 usahawan untuk menjana pendapatan sejak pandemik Covid-19 bermula 2020.

Diterajui wanita berpurdah iaitu Nur Aini Zolkepeli bagaimanapun berkata, minda masyarakat perlu diperbetulkan bahawa berniaga bukan untuk menjadi semata mata.

Tetapi jelas beliau adalah lebih daripada itu untuk membantu lebih ramai orang mengubah nasib mereka.

“Tidak miskin seseorang itu kerana bersedekah mahupun membantu orang lain. Malah perkara itu juga dapat memperkayakan hati, membersihkan harta, memanjangkan usia serta melancarkan rezeki yang dikurniakan Allah SWT.

“Justeru saat pandemik menyerang membuat ramai bergelut, kami membantu 182,000 usahawan jana pendapatan dari rumah sejak 2020 hingga kini,” katanya.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2014, Nurraysa aktif mengukuhkan nama serta menghargai usahawannya terutama di kalangan suri rumah dan wanita.

Syarikat itu pada asalnya bermula dengan jualan sabun kolagen namun kini jenama itu berkembang dengan penghasilan lebih 50 produk kosmetik, minuman, makanan tambahan, makanan dan pakaian.

Ia mengamalkan sistem ‘dropship’ yang membantu golongan suri rumah jana pendapatan hanya dari rumah secara percuma dan model bisnes menembusi pasaran bukan hanya di Malaysia tetapi Singapura, Indonesia dan Brunei.

Memasuki tahun ini, jenama itu komited dan berazam untuk bantu 400,000 orang untuk berjaya bebas dari bebanan kewangan melalui kempen NAK BERJAYA 2022.

Sehingga kini, sudah ada 32 ‘billboard’ jenama itu menemani pengguna jalan raya di sepanjang lebuh raya dari Utara ke Selatan dengan ‘tagline’ Kosmetik Mesra Wuduk.

Nur Aini Zolkepeli membuktikan wanita berpurdah mampu menjadi usahawan berjaya.

Selepas dua tahun pandemik menyerang dan masih dilihat memberi ancaman, Nurayysa kembali itu buat julung kalinya menganjurkan Konvesyen Usahawan Jutawan Nurraysa 2022 di Hotel dan Pusat Konvensyen Movenpick Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Menurut Nur Aini, konvesyen dianjurkan atas objektif yang mahu terus membakar semangat dan memajukan usahawan yang menjana pendapatan menerusi empayar dan legasi perniagaannya.

“Kita mahu memberi inspirasi kepada peserta yang hadir melalui kejayaan saya sebagai pengasas dan kejayaan ‘Master New Business Owner (NBO)’ yang telah terbukti berjaya.
Kejayaan yang dikecapi bukan buat buat atau diada adakan. Kita paparkan kisah kejayaan sebenar.

“Perkara itu disokong dengan menunjukkan hasil kejayaan sebenar melalui sesi perkongsian bersama mereka yang berjaya hingga menjadi jutawan,” katanya.

Kata Nur Aini lagi, konvesyen itu juga menjadi platform terbaik menyebar luaskan misi dan visi rangkaian perniagaannya.

“Kita ambil kesempatan dan ruang ini untuk menyampaikan dan menerangkan perkembangan terkini perniagaan.

“Tidak ketinggalan membantu reseller baru mendapatkan jalan dan cara lebih pantas berjaya melalui sesi perkongsian dan networking,” katanya. – MalaysiaGazette