KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Khas berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 esok.
Mesyuarat itu akan bermula pada jam 10 pagi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.
Sidang media oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut.
PRN Johor diadakan selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) berkuatkuasa 22 Januari lalu.
Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad mengambil langkah membubarkan DUN dalam usaha menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di negeri ini.
Pembubaran DUN dibuat selepas Kerajaan Johor memiliki majoriti tipis iaitu 28 kerusi berbanding 27 di blok pembangkang.
Ia susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga bekas Menteri Besar, pada 21 Disember lalu. – MalaysiaGazette