Home Politik PRN Johor medan perkukuh kerjasama PN – Tuan Ibrahim

PRN Johor medan perkukuh kerjasama PN – Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim Tuan Man UMNO PAS MN Muafakat Nasional Bersatu PN Perikatan Nasional government
Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah medan untuk memperkukuhkan kerjasama politik dalam Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, usaha ini dilihat sebagai satu langkah ke hadapan dalam muafakat politik antara parti itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Gerakan berbanding PRN Melaka dan Sarawak.

”Pas sebagai sebahagian dari komponen PN akan melancarkan jentera PRN bersama pada minggu hadapan sementara melengkapkan beberapa strategi bagi mencapai kemenangan kali ini.

”Keputusan PN bertanding menggunakan satu logo, satu pengarahan dan satu bilik gerakan akan memantapkan lagi usaha bagi mencapai kemenangan dalam PRN Johor kali ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, PN juga akan meneruskan dan memperkasakan muafakat sebagai satu pasukan dalam menghadapi PRN Johor dan seterusnya Pilihan Raya Umum Ke-15.

”Insya-Allah. melalui gerak kerja bersama, kita harap pengundi Johor akan melakukan perubahan besar melalui peti undi bagi memenangkan calon PN dalam pilihan raya ini,” ujar beliau. – MalaysiaGazette