Home Dunia Covid-19: Hong Kong rekod kematian pertama dalam tempoh 5 bulan

Covid-19: Hong Kong rekod kematian pertama dalam tempoh 5 bulan

Orang yang memakai pelitup muka beratur untuk membuat saringan Covid-19.Foto- REUTERS/Lam Yik

HONG KONG –  Seorang warga emas lelaki yang disahkan positif Covid-19 di Hong Kong meninggal dunia semalam, kata pihak berkuasa hospital.

Ia merupakan kematian pertama yang berpotensi dikaitkan dengan virus itu dalam tempoh lima bulan ketika bergelut dengan penularan virus itu.

Pesakit berusia 73 tahun mengalami sakit kronik dan diuji positif Covidd-19 semasa dimasukkan ke hospital, menurut kenyataan pihak berkuasa

Adalah tidak jelas sama ada kematiannya akan diklasifikasikan sebagai kematian Covid-19 ke- 214 Hong Kong kerana kes positif awal perlu menjalani ujian lanjut untuk diklasifikasikan sebagai positif.

Hab kewangan Asia telah mencatatkan kira-kira 16,600 kes jangkitan sejak permulaan wabak koronavirus, jauh lebih rendah daripada di bandar-bandar utama lain.

Wilayah China itu mengumumkan undang-undang koronavirus baharu  yang ketat dan merekodkan jangkitan kes tertinggi semalam, manakala kekurangan sayur-sayuran ditambah pemandu lori yang diuji positif Covid-19 yang tidak dapat membawa bahan makanan itu dari tanah besar China.

Hong Kong terperangkap dengan strategi ‘sifar dinanik’ yang dilaksanakan tanah besar China untuk mengurangkan penularan koronavirus secepat mungkin.

Langkah tersebut, yang merupakan paling ketat sejak bermulanya pandemik tersebut, diambil bagi memningkatkan sosial dan ekonomi di bandar yang mempunyai penduduk seramai 7.5 juta orang.

Pemimpin Carrie Lim beerkata, kini Hong Kong mampu hiduo bersama virus itu, seperti negara lain dengan lebih 50 peratus warga emas masih belum divaksin.

Pihak berkuasa akan melaksanakan pas vaksin yang akan berkuat kuasa pada 24 Februari ini yang mana vaksinasi diperlukan untuk memasuki kebanyakan tempat termasuk pusat beli-belah dan pasar raya.

Kira-kira 80 peratus daripada penduduk bandar itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin tetapi ramai warga emas teragak-agak untuk mendapatkan suntikan.

Pada masa sama, pihak berkuasa melarang perhimpunan lebih daripada dua orang, menutup sekolah, taman permainan, gim dan tempat lain.

Menjamu selera di restoran dilarang mulai pukul 6 petang, manakala perhimpunan persendirian di rumah juga dihadkan.

Bilangan penerbangan turun kira-kira 90 peratus disebabkan sekatan perjalanan yang ketat manakala kebanyakan orang, termasuk majoriti penjawat awam, bekerja dari rumah. – Reuters

https://www.reuters.com/world/asia-pacific/hong-kong-reports-first-covid-linked-death-five-months-2022-02-09/

+ posts