Home Seni Hidup Luar flat nampak buruk dalam macam hotel

Luar flat nampak buruk dalam macam hotel

Penduduk Pangsapuri Pandan Utama sedang memasuki lif yang dihiasi reka letak hotel ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Rumah Pangsa Pandan Utama, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 09 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Dari luar tiada bezanya Blok C, Rumah Pangsa Pandan Perdana di Ampang berbanding flat lain di Lembah Klang dan Selangor.

Kawasan Pangsapuri Pandan Utama yang dihiasi reka letak hotel ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Rumah Pangsa Pandan Utama, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 09 FEBRUARI 2022.

Bagaimanapun sebaik sahaja menjejakkan kaki ke pintu lifnya, suasanaya berbeza – bagaikan lobi hotel dengan warna dan dekorasinya.

Siapa sangka, rumah yang pernah dikenali sebagai ‘flat kotak’ itu mengalami transformasi dalaman luar biasa hingga tular di media sosial baru-baru ini.

Penduduk Pangsapuri Pandan Utama menghiasi kawasan lif di setiap tingkat seperti hiasan reka letak hotel ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Rumah Pangsa Pandan Utama, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 09 FEBRUARI 2022.

Lebih menarik, dekorasi dan ‘pemandangan indah’ di kawasan lifnya berbeza setiap tingkat dari tingkat satu hinggalah tingkat 12.

Bagaimanapun tingkat teratas atau tingkat 13 tidak dilakukan transformasi memandangkan ia tiada penghuni.

MalaysiaGazette dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB), Hussin Yahya, idea tersebut tercetus ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 lepas bermula dengan kawasan lif di lobi bangunan.

Pengerusi Pangsapuri Pandan Utama Blok C, Hussin Yahya. Foto AMIRUL SHAUFIQ 09 FEBRUARI 2022.

“Bila kita sudah buat dekat lif ini, mula timbullah tingkat demi tingkat. Bincang setingkat demi setingkat, di situlah permulaannya. Makan masa dalam banyak bulan juga lah. Dalam empat hingga lima bulan juga hendak menyelesaikan setiap satu,” katanya.

Penduduk Pangsapuri Pandan Utama menghiasi kawasan lif di setiap tingkat seperti hiasan reka letak hotel ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Rumah Pangsa Pandan Utama, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 09 FEBRUARI 2022.

“Saya pun tak sangka benda ini boleh jadi tular. Sebab sudah lama. Dalam dua tahun, sekarang baru nampak viral,” tambahnya.

Kata Hussin, idea menghias kawasan lif dicetuskan hasil perbincangan antara penduduk di 18 unit rumah di setiap aras termasuk peruntukan kewangan.

Justeru, hasil dekorasi adalah tertakluk kepada masa dan bajet yang mereka ada.

Penduduk Pangsapuri Pandan Utama sedang memasuki lif yang dihiasi reka letak hotel ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Rumah Pangsa Pandan Utama, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 09 FEBRUARI 2022.

“Macam saya dan pihak JMB, kita menyokong demi kebaikan. Tapi dana-dana mereka yang tanggung, 100 peratus atas penduduk. Mereka tidak minta pun bantuan daripada pihak lain,” katanya.

Ketika melawat ke setiap aras untuk melihat sendiri kecantikan rumah flat ini, kami mendapati kerja-kerja mengindahkan kawasan lif di beberapa aras masih berjalan.

 

Gelagat kanak-kanak Pangsapuri Pandan Utama sedang memasuki lif yang dihiasi reka letak hotel ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Rumah Pangsa Pandan Utama, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 09 FEBRUARI 2022.

Namun, tahap kebersihan di setiap 216 unit kediaman memang terjaga walaupun diberitahu hanya seorang tukang sapu yang dibayar elaun oleh JMB.

Hussin yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Bandaraya Ampang Jaya (MPAJ) memberitahu, proses untuk mendidik dan mengajar penduduk untuk lari daripada stigma stereotaip ‘penghuni flat’ dalam kalangan masyarakat dilakukan pihaknya selangkah demi selangkah.

Sekitar kawasan lif di setiap tingkat seperti hiasan reka letak hotel ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Rumah Pangsa Pandan Utama, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 09 FEBRUARI 2022.

“Penduduk di sini sebelum ini berpindah daripada kawasan setinggan. Kita mahu ubah (mentaliti) mereka itu susah tapi kita buat step by step,” ujarnya.

Beliau mengibaratkan penduduk di situ seperti sebuah keluarga dalam satu rumah yang besar dan menjadi tanggungjawab setiap individu tidak kira umur untuk sentiasa menjaga kebersihan dan kecantikan kawasan tempat tinggal supaya semua rasa selesa.

Ketika ditanya apa perancangan JMB dan penghuni di situ untuk penambahbaikan, beliau sedang dalam proses memohon bantuan kewangan daripada kerajaan negeri untuk menukar cat bangunan berkenaan.

Penduduk Pangsapuri Pandan Utama menghiasi kawasan lif di setiap tingkat seperti hiasan reka letak hotel ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Rumah Pangsa Pandan Utama, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 09 FEBRUARI 2022.

“Kita sudah buat surat permohonan tapi kalau kerajaan boleh bantu, alhamdulillah lah. Kalau hebahan media ini boleh membantu, buka hati pihak kerajaan Selangor atau pihak lain untuk membantu Blok C ni, alhamdulillah,” selorohnya.

Penduduk Pangsapuri Pandan Utama sedang memasuki lif yang dihiasi reka letak hotel ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Rumah Pangsa Pandan Utama, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 09 FEBRUARI 2022.

Bagaimanapun, menurut Husin, pihaknya mengutamakan soal kebersihan.

“Walaupun luar nampak buruk, kebersihan kena jaga. Diibaratkan seperti kereta buruk tapi dalamnya bersih dan cantik,” tambahnya mengakhiri temubual.- MalaysiaGazette