Dua ahli perniagaan terpaksa berputih mata selepas terpedaya dalam urusan pembelian kit ujian pengesanan Covid-19 berjumlah RM710,000 yang tidak wujud.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din, sejak penularan wabak Covid-19, terdapat permintaan yang tinggi untuk mendapatkan kit ujian dan fenomena tersebut telah mencetuskan modus operandi penipuan pembelian.