Home Nasional Covid-19: 24 kematian direkodkan semalam

Covid-19: 24 kematian direkodkan semalam

MGF06062021_KONTENA-MAYAT08-640x427
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 24 kematian akibat jangkitan Covid-19 direkodkan semalam.

Daripada jumlah berkenaan, sembilan kes merupakan kematian di luar fasiliti kesihatan awam.

Bilangan kematian terkini itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian sehingga kini sebanyak 32,099 kes.

Kedah merekodkan kematian tertinggi iaitu lima kes diikuti Johor (4), Sabah (4); Pahang (3); Perak (3) dan Negeri Sembilan (2).

Manakala Perlis, Selangor dan Terengganu masing-masing satu kes kematian.

Tujuh lagi negeri tidak merekodkan kematian terbaharu iaitu Kelantan, Melaka, Penang, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. – MalaysiaGazette

f8496aea2de5cbf0a9ead4e9aef3ef6d?s=150&d=mp&r=g
+ posts