Home Nasional Covid-19: Sebanyak 15 kematian semalam

Covid-19: Sebanyak 15 kematian semalam

Covid-19 death ICU Malaysia
Gambar hiasan.

 

KUALA LUMPUR – Angka kematian akibat Covid-19 terus meningkat kepada 15 kes semalam termasuk lima kes kematian di luar hospital (BID).

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 32,114.

Kementerian Kesihatan Malaysia berkata, sebanyak empat kematian dilaporkan di Johor dan Perak serta dua kes di Kelantan dan Terengganu.

Manakala Melaka, Kedah dan Sabah masing-masing satu kes.

Sehingga malam tadi, sebanyak 140,336 kes aktif dengan 5,922 kes dirawat di hospital.

Ia termasuk 176 menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 98 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh pula sebanyak 5,442.

KKM menambah, jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di Malaysia berjumlah 2,998,909. – MalaysiaGazette