CALIFORNIA – Seorang banduan maut manakala lapan lagi cedera selepas 160 penghuni penjara California merusuh sehingga memaksa pengawal penjara menggunakan peluru getah dan semburan lada untuk mengawal keadaan.
Rusuhan itu berlaku hampir 11 pagi di Penjara Coloy Men’s California berhampiran San Luis Obispo dalam tempoh 1o minit.
Jurucakap penjara, Leftenan Monica Ayon berkata, sembilan banduan cedera parah ditikam tetapi seorang maut.
Mangsa yang maut itu dikenali sebagai Matthew Cook, yang menjalani hukuman 13 tahun dan lapan bulan penjara kerana merompak.
Keadaan lapan lagi banduan yang cedera masih belum diketahui tetapi dua daripada mereka akan dibenarkan keluar petang Ahad.
Sekurang-kurangnya tiga lagi banduan yang cedera diberi rawatan trauma, kata jurucakap Pusat Perubatan Sierra Vista.
Tiada kakitangan penjara yang cedera akibat kejadian itu.
Ayon berkata, punca rusuhan yang terbesar dalam tempoh 22 tahun di penjara itu sedang disiasat. – MalaysiaGazette