Home Politik Kestabilan politik sinonim dengan UMNO

Kestabilan politik sinonim dengan UMNO

Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR – Kestabilan politik itu sudah sinonim dengan UMNO, oleh itu parti-parti lain yang bersaing bolehlah cuba promosikan naratif lain.

Ini kerana, rakyat semakin sedar bahawa apa pun kekurangan UMNO, kestabilan dan kemampuan tadbir urus bukan dalam kalangan kekurangan itu, kata Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

”Yang bergaduh sesama sendiri sehingga menjatuhkan kerajaan sendiri setelah 22 bulan bukan UMNO.

”Yang mengubah Menteri Besar sendiri dalam tempoh kurang setahun, bukan UMNO.

”Yang kerap mengubah pengerusi parti negeri, bukan UMNO.

”Yang tunda dan batal projek yang sepatutnya menguntungkan orang Johor semata-mata tidak mahu apa-apa legasi pra-PRU14, bukan UMNO,” katanya.

Malah, yang ugut tekan butang sehingga memaksa PRN Johor bukan UMNO.

Yang memancing orang melompat sehingga memaksa PRN Melaka juga bukan UMNO.

Tambahnya, yang melemahkan Muafakat Nasional (MN) dengan bersama mendaftar pakatan lain sewaktu MN sedang kukuh, bukan UMNO. – MalaysiaGazette