Home Nasional Kesemua anak KJ sudah terima vaksin

Kesemua anak KJ sudah terima vaksin

anak khairy
Anak bongsu Khairy, Raif menerima suntikan vaksin Covid-19.

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan kesemua anak-anaknya telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menerusi ciapan di Twitter, Ahli Parlimen Rembau itu memberitahu, ia termasuk anak bongsunya, Raif yang berusia enam tahun.

“Anak bongsu lelaki Raif, Sekarang tiga-tiga anak lelaki saya sudah divaksinasi. Terima kasih Timbalan Menteri Kesihatan I dan CITF) .ā€¯katanya.

Awal bulan ini, Khairy memaklumkan sudah membuat tempahan untuk suntikan vaksin bagi anaknya yang berusia enam tahun dan bagi tujuan itu dia membuat tempahan di aplikasi MySejahetera.

Untuk rekod, pemberian vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun bermula secara rasminya pada hari ini.

Buat permulaan, ia tertumpu di Lembah Klang dan akan dilaksanakan melalui hospital bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan.

Manakala, bagi penerima yang tiada masalah perubatan akan diberikan suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi. – MalaysiaGazette