KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak memberi laluan untuk Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin.
Ia berlaku apabila Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan PKR meletakkan calon di DUN tersebut.
Zamil Najwah diumumkan oleh Anwar sebagai calon walaupun Parti MUDA pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu meletakkan calon di DUN tersebut, selain di Kempas dan Gambir.
Sebelum ini, Zamil pernah bertanding di DUN Tanjung Surat pada Pilihan Raya Umum-14 (PRU-14) lalu.
Tengah hari tadi, Anwar mengumumkan lima calon pertama parti itu bagi zon selatan iaitu Naib Pengerusi PKR Johor, S. Gopalakrishnan untuk DUN Tiram; Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Fakhruddin Moslim, 34, di DUN Pasir Raja dan Arthur Chiong Sen Sern, 32, sebagai calon DUN Bukit Batu.
Turut disenaraikan bertanding ialah Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis Maharan, 42, di DUN Kempas.
Syed Saddiq sebelum ini mengesahkan MUDA akan bertanding di DUN Puteri Wangsa, Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap dan Bukit Permai. – MalaysiaGazette