Home MGNews MGNews: Penjawat Awam Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah

MGNews: Penjawat Awam Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah

Pemandu di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berdepan dengan empat tuduhan menerima rasuah sebanyak RM8,850 bagi membantu mendapatkan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan.

Penjawat awam berkenaan, Muhamad Azwan Shah Abdullah, 32 tahun didakwa menerima rasuah daripada Faisal Azami Mohd Zainudin sekitar Febuari hingga Mac 2021.