Home Politik Maszlee tanding DUN Layang-Layang

Maszlee tanding DUN Layang-Layang

Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik dipilih sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mewakili PKR.

Pengumuman itu dibuat presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pengumuman kedua calon parti itu hari ini.

“Di Johor saya tidak letak ahli Parlimen PKR tapi di sini saya beri satu pengecualian iaitu Maszlee Malik di DUN Layang-Layang.

“Kita nak tonjolkan pengalaman dia, jadi saya harap Maszlee, tokoh kita yang saya rasa dari semangat dan sumbangan dia sangat saya hargai.

“Untuk pengumuman lain saya akan bersama dengan Timur Johor Tengah bagi suspen sikit,” katanya dalam ucapan pengumuman calon PKR bagi zon tengah hari ini.

Maszlee yang juga bekas Menteri Pendidikan ditempatkan di DUN Layang-Layang sebagai calon muka baharu PKR di kawasan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar berkata, PKR hanya mengumumkan nama Maszlee sahaja sebagai calon.

Selebihnya, Anwar berkata, ia akan diumumkan semasa pengumumkan calon PKR zon tengah pada malam ini. – MalaysiaGazette