Home Politik Dengan mak pun mungkir janji, bagaimana dengan pengundi?

Dengan mak pun mungkir janji, bagaimana dengan pengundi?

KUALA LUMPUR – Belum lagi hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berlangsung, calon Muda bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa telah mula jadi sasaran warganet.

Semuanya gara-gara sebuah portal berita yang melaporkan Amira Aisya Abd Aziz, 27, memohon maaf kepada ibunya kerana melanggar janji menyertai politik.

“Saya pernah berjanji pada ibu yang saya tak akan masuk politik, kerana ia dunia yang kotor.

“Saya minta maaf, saya terpaksa mungkir janji, tetapi saya mahu mendapatkan restu ibu, kerana tak ada yang lebih bermakna berbanding restu ibu, restu atuk,” katanya seperti yang dilaporkan oleh portal berkenaan.

Bagaimanapun netizen mempersoalkan ketulusan janji dan manifesto Amira Aisya dalam kempen pilihan raya nanti.

Mereka mempersoalkan adakah Amira Aisya akan mungkir janji kepada pengundi seperti mana beliau mungkir janji kepada ibunya.

“Belum serah borang penamaan calon pun dah mungkir janji. Tahniah @partimuda dan @SyedSaddiq kerana mudahkan orang Johor tolak parti yang mungkir janji,” ciap @chean_nasution di Twitter.

“Kah! Ini kelakar, dengan ibu pun berani mungkir janji inikan setakat pengundi Puteri Wangsa?” tanya @mkamiltaufiq.

“Inilah contoh yang baik buat anak #Muda generasi yang akan datang. Mungkir janji pada ibu,” kata @patcash08.

“Dengan mak sendiri dia boleh mungkir janji gaiz. Kalau dengan rakyat? Bawah kaki dia aja agaknya,” tanya @nazrenasha.

“Weh dengan mak sendiri mungkir janji, apa jaminan tak akan mungkir manifesto? Hehe good luck and yang penting enjoy the election process no stress-stress,” kata @MadAlmahdi.

“Dengan emak sanggup mungkir janji dengan … apatah lagi. Lupakan sajalah orang yang macam ini, pandai buat janji tapi tidak pandai untuk menunaikannya,” persoal @john_saing.

“Kita memang berjanji itu ini tapi kita mungkin akan mungkir. Sebelum mungkir, bertanya dulu. Berikan sebab-sebab. Seorang mak mesti faham. Kalau awak tak pernah mungkir janji alhamdulillah. Tapi cuba faham dan hadam. Jika mak dia restu, tak ada masalah pun,” kata @mnurashrullah mempertahankan Amira Aisya.

MalaysiaGazette akan cuba menghubungi Amira Aisya berhubung isu ini.

Pada PRU lalu, kerusi DUN Puteri Wangsa dimenangi Bersatu di bawah Pakatan Harapan dengan majoriti 24,949 undi.

Rakyat Johor akan mengundi pada 12 Mac ini, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Isyarat awal parti muda tukar segera calon ini dengan calon lain . Parti muda mesti sensitib dengan suara kaum muda demi rakyat masa depan

Comments are closed.