Home Utama 22,133 kes harian Covid-19 hari ini

22,133 kes harian Covid-19 hari ini

Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 hari ini terus bertambah kepada 22,133 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,083,683 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, hanya 20 kes atau 0.09 peratus berada dalam kategori 5, manakala 24 kes atau 0.11 peratus kategori 4 dan 102 atau 0.46 peratus kategori 3.

Katanya, bagi pesakit kategori 1 sebanyak 5,831 kes dan kategori 2 (16,156 kes).

Semalam, kes dilaporkan 21,315 kes, yang menyaksikan kenaikan sebanyak 818 kes hari ini. – MalaysiaGazette