Home Nasional Karnival Kerjaya JaminKerja…dua hari lagi!

Karnival Kerjaya JaminKerja…dua hari lagi!

Karnival Kerjaya JaminKerja akan berlangsung dalam masa 2 hari lagi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Bagi pencari kerja di Lembah Klang, jangan lepaskan peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh 50 majikan yang mengambil bahagian!

Pelbagai peluang latihan dan peningkatan kemahiran juga ditawarkan oleh HRD Corp. Untuk graduan baru pula, ada peluang pekerjaan khusus di bawah program MySTEP.

Nak tahu lebih lanjut, jom ke Karnival Kerjaya JaminKerja!

Bagi yang tinggal di luar Lembah Klang, jangan risau! Karnival Kerjaya juga akan diadakan sepanjang tahun 2022 bagi menyediakan pelbagai peluang pekerjaan untuk anda.

Untuk maklumat lanjut layari
https://budget.mof.gov.my/manfaat/jaminkerja.html

#Bajet2022
#KeluargaMalaysia
#MakmurSejahtera