Home Nasional Bersama memeriahkan Karnival JaminKerja Keluarga Malaysia 2022

Bersama memeriahkan Karnival JaminKerja Keluarga Malaysia 2022

Seiring dengan matlamat untuk memastikan usaha-usaha Kerajaan dalam merancakkan semula pasaran buruh negara sentiasa ditambahbaik dan diteruskan, Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” mendukung matlamat menurunkan kadar pengangguran di Malaysia melalui penyediaan 600,000 peluang pekerjaan pada tahun ini.

Kerajaan memperuntukkan jumlah yang besar iaitu sebanyak RM4.8 bilion bagi pelaksanaan Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia ini memandangkan penciptaan peluang pekerjaan merupakan teras utama di bawah Bajet 2022.