KOTA TINGGI — Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) meminta agar kesemua agensi wilayah dibawahnya yang telah mencapai usia 50 tahun melakukan pembaharuan seiring peredaran zaman.
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, agensi wilayah perlu mencari idea-idea baharu untuk dilaksanakan dalam kawasan masing-masing termasuk memberi fokus dalam menambah baik capain internet.
“Contohnya kesaling hubungan (connectivity), ia bukan di bawah wilayah Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) misalnya, tetapi ia di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
“Tetapi sekarang ini kita lihat, dari segi connectivity capaian internet (di sesuatu wilayah itu) ia berada di tahap mana?, itu mungkin boleh jadi salah satu fokus kita. Dulu kita fokus buat rumah, (tetapi sekarang) permintaan di bawah ini mengenai connectivitiy,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerjanya ke wilayah KEJORA, di sini hari ini.
Beliau berkata sesi retreat agensi wilayah dan KPLB juga perlu diadakan supaya dapat membuat perancangan secara bersama.
“Macam saya katakan semua agensi wilayah telah sampai usia 50 tahun dan sudah sampai masanya mereka fikirkan apakah next 50 tahun ataupun 2.0.
“Dahulu polisi 50 tahun ada ubah ikut kesesuaian zaman, tetapi sekarang sudah 50 tahun kita kena cari idea baharu untuk laksanakan dalam kawasan.
“Semua agensi wilayah dalam Malaysia patut buat retreat fikirkan macam mana hendak buat yang baharu,” katanya.-MalaysiaGazette