JOHOR BAHRU – Rakyat yakin dan percaya kesilapan menyokong Pakatan Harapan (PH) sebelum ini mewujudkan pelbagai krisis luar dan dalam sehingga mereka dihimpit dengan pelbagai musibah dan kesempitan hidup yang tidak menyenangkan.
Krisis ini jelas mempengaruhi sokongan rakyat beralih kepada Barisan Nasional (BN) semula terutamanya kerusi-kerusi majoriti kawasan Melayu, kata Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim.
Ini kerana rakyat mengharapkan kebajikan mereka dibela semula oleh BN.
Lantaran itu, kepimpinan BN perlu proaktif dan efisien dalam isu harga barang, isu ekonomi dan isu kesihatan. Mesej jelas rakyat memerlukan BN yang stabil setakat ini berbanding parti-parti gabungan yang lain.
”Mesej rakyat jelas, inginkan kemakmuran dan hak kebajikan mereka dibela. Kestabilan penentu masa depan! Barisan Nasional pilihan rakyat!,” katanya.
Tambah beliau, pada masa sama rakyat juga percaya dengan kestabilan kepimpinan mampu membawa harapan yang besar demi masa depan Negeri Johor.
Harapan yang tinggi ini memerlukan keutuhan pimpinan yang stabil supaya mampu memandu Negeri Johor ke arah kemakmuran yang diimpikan oleh semua peringkat umur rakyat di negeri ini.
Katanya, kemenangan besar BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membuktikan rakyat lebih yakin gabungan parti di bawah payung BN ini mampu mewujudkan dan mengekalkan kestabilan politik di Negeri Johor ini memandangkan kepimpinan sedia ada terbukti berkesan dan hanya memerlukan mandat besar bagi masa depan lebih baik. – MalaysiaGazette
UMNO bela rakyat ke. Aku nampak tipu rakyat adalah. Dia buat GST kemudian dia bagi BR1M supaya rakyat buta suka hati . Dapat duit seringgit GST 10 ringgit .