Home Dunia Korea Utara gerakkan pertahanan

Korea Utara gerakkan pertahanan

Pesawat-pesawat pengebom B-1B yang terbang berhampiran ruang udara Korea Utara, baru-baru ini. foto Agensi

SEOUL – Korea Utara telah menggerakkan pesawat-pesawat dan meningkatkan pertahanannya di pantai timurnya selepas Amerika Syarikat menghantar pengebom B-1B ke Semenanjung Korea pada hujung minggu, kata agensi berita Yonhap.

Amerika Syarikat seolah-olah telah mendedahkan laluan penerbangan pengebom secara sengaja kerana Korea Utara seperti tidak menyedari, kata laporan itu.

Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan Korea Selatan tidak dapat mengesahkan segera laporan berkenaan.

Menteri Luar Korea Utara mendakwa Presiden Donald Trump telah mengisytiharkan perang ke Korea Utara dan Pyongyang berhak untuk mengambil tindakan balas, termasuk menembak pengebom Amerika Syarikat walaupun tidak berada di ruang udaranya. – MalaysiaGazette