TENOM – Pendakwah terkenal, Ebit Lew hari ini dihadapkan ke mahkamah di sini dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.
Ebit, 37, tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom kira-kira pukul 9 pagi tadi dengan menaiki sebuah Toyota Vellfire serta ditemani sekumpulan individu lain seperti laporan Harian Metro.
Sementara itu, perkarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal polis sejak awal pagi tadi.
Difahamkan, Ebit kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut dijadualkan membuat sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit.- MalaysiaGazette
Kita ni darah muda tak dapat lari dari sex . Malaikat sekalipun kalau diletakkan nafsu dia akan jadi seperti manusia .