Home Nasional MAPIM desak India hentikan diskriminasi terhadap Islam

MAPIM desak India hentikan diskriminasi terhadap Islam

Pengarah Perhubungan Antarabangsa, Pejabat Perhubungan MAPIM, Vigar Ahmed Mohamad (tengah) bersama barisan NGO yang lain bergambar selepas menghantar memorandum di Kedutaan India, Wisma Hrih Lotus bagi membantah tindakan kerajaan India menghalang orang Islam memakai hijab termasuk murid-murid perempuan di sekolah di Setapak, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 18 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) hari ini menghantar memorandum kepada Kedutaan India, di sini,berkaitan isu seorang pelajar perempuan Muslim dipaksa untuk menanggalkan tudungnya di sebuah institusi pendidikan di Karnataka, minggu lalu.

Bagaimanapun, nota bantahan itu enggan itu enggan diterima wakil kedutaan tersebut.

Pengarah Perhubungan Antarabangsa MAPIM, Viqar Ahmed yang mewakili empat gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkata, Bharatiya Janata Party (BJP) harus menghentikan segala sentimen pengganas terhadap pelajar mahupun sesiapa yang memakai hijab.

“Ini adalah hak kita untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara. Tetapi hari ini jelas kebiadapan kedutaan India yang enggan mendengar dan menerima bantahan ini.

“Adakah ini namanya diplomasi? Adakah ini namanya kawan serantau Asia apabila langsung enggan menerima nota bantahan ini?,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Pada minggu lalu, enam pelajar wanita Muslim dilarang memasuki sebuah institusi pengajian di daerah Udupi, dengan alasan telah melanggar peraturan dengan memakai tudung.

Jumlah keganasan terhadap penganut agama Islam di India juga melonjak tinggi di bawah Perdana Menteri, Narenda Modi.

Penyelaras MAPIM Shah Alam, Badaruddin Dawam bercakap kepada media ketika menghantar memorandum di Kedutaan India, Wisma Hrih Lotus bagi membantah tindakan kerajaan India menghalang orang Islam memakai hijab termasuk murid-murid perempuan di sekolah di Setapak, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 18 FEBRUARI 2022.

Sementara itu, Penyelaras MAPIM Shah Alam, Badaruddin Dawam berkata, India perlu mencontohi negara-negara Asia dan Timur Tengah yang mengamalkan sikap perpaduan, hidup berbilang bangsa dan agama

“Kita di Malaysia menjunjung tinggi kepelbagaian, berkongsi hormat terhadap semua agama di sini, Hindu, Buddha, Islam, Kristian dan sebagainya. Kita menyantuni satu sama lain,”

“Apakah niat kerajaan pimpinan Modi dan BJP yang melakukan penghinaan dan diskriminasi terhadap umat Islam dengan melarang penganut agama tersebut menjalankan kewajibannya?” soal beliau.

Menurut Badaruddin mengingatkan India supaya tidak melakukan provokasi dengan menghina agama lain yang boleh menyebabkan implikasi buruk. – MalaysiaGazette