Home Nasional 24,000 pelajar UPM pilih MPP hari ini

24,000 pelajar UPM pilih MPP hari ini

Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) membuang undi pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM 2017 di Serdang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 26 SEPTEMBER 2017.

SERDANG – Sesi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) dijangka mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 24 000 pelajar universiti itu keluar mengundi sebelum tempoh mengundi tamat jam 4 petang ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman berkata, proses pengundian akan bermula jam 5 petang dan keputusan tidak rasmi akan diumumkan selepas itu.

“Ia melibatkan 45 kerusi yang dipertandingkan untuk MPP dan melibatkan 16 fakulti. Pengundian berjalan di empat kawasan.

“Penjumlahan undi akan diadakan jam 5 petang nanti dan senarai tidak rasmi akan dikeluarkan petang ini juga.

“Keputusan rasmi akan dimuktamadkan pada Khamis jam 4 petang,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati proses pengundian berjalan lancar dan tiada sebarang kejadian agresif dilaporkan setakat ini.

Malah keadaan di empat pusat pengundian terkawal dan proses pengundian berjalan dengan lancar sejak jam 9 pagi tadi.

“Sistem yang digunapakai sekarang adalah e-undi dimana ia lebih memudahkan membuang undi. Dari segi pengiraan akan lebih cepat kerana pelajar akan ambil masa yang pendek undi calon-calon mereka.

“Tetapi pengiraan undi akan lebih pantas dan pengaliran undi terutamanya di kampus Bintulu Sarawak akan sampai dengan cepat,” katanya.

Sebanyak 16 fakulti dan satu pusat pengajian di UPM memilih dua calon untuk mewakili kerusi bagi setiap fakulti dan pusat pengajian masing-masing iaitu 34 ahli keseluruhan, selain 11 kerusi umum menjadikan keseluruhan 45 kerusi. -MalaysiaGazette

Comments are closed.