MIAMI – Tiga individu cedera selepas sebuah helikopter terhempas berhampiran pantai yang sesak di Miami Beach pada petang Sabtu, menurut polis.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.10 petang berhampiran 10th Street Beach.
Tiga individu di dalam helikopter Robinson R44 itu dikejar ke hospital.
NBC News melaporkan juruterbang helikopter itu dalam keadaan stabil.
Video nahas yang dikeluarkan oleh jabatan polis menunjukkan helikopter itu terhempas berhampiran sekumpulan orang yang sedang mandi-manda di laut.
Namun tiada individu yang sedang mandi dilaporkan cedera.
Sumber-sumber berkata, helikopter itu terhempas kira-kira 15 kaki dari kawasan pantai antara 9th dan 11th Street di Miami Beach.
Insiden itu menyebabkan kawasan pantai antara 9th dan 11th Street di Miami Beach ditutup.
Pihak berkuasa penerbangan sedang menyiasat nahas itu. – Agensi