Home Dunia Australia buka semula sempadan antarabangsa

Australia buka semula sempadan antarabangsa

Foto: FB Sydney Airport

SYDNEY – Australia membuka semula sempadan antarabangsanya kepada pengembara yang telah divaksin setelah hampir dua tahun ditutup akibat penularan Covid-19.

Lebih daripada 50 penerbangan antarabangsa akan mendarat sepanjang hari, termasuk 27 mendarat di bandar terbesarnya, Sydney.

Manakala, sektor pelancongan dan perhotelan berusaha untuk bangkit selepas terjejas oleh sekatan wabak tersebut.

Menteri Pelancongan, Dan Tehan berkata, akan ada pemulihan yang ‘sangat besar’ dalam pasaran pelancongan dengan Qantas Airways merancang menerbangkan lebih 14,000 penumpang ke Australia pada minggu ini.

Pelancongan merupakan salah satu industri terbesar di Australia, bernilai lebih A$60 bilion dan menggaji kira-kira lima peratus daripada tenaga kerja negara itu.

Bagaimanapun sektor tersebut merosot selepas negara itu menutup sempadannya pada Mac 2020.

“Ini adalah hari penting untuk industri kami dan merupakan langkah pertama, tetapi paling penting ialah memulihkan pelancongan Australia,” kata Pengarah Urusan Majlis Eksport Pelancongan Australia, Peter Shelley.

Sementara itu, penularan kes varian Omicron telah melepasi kemuncal apabila sempadan dibuka semula yang mana kemasukan ke hospital menurun sejak tiga minggu lalu.

Sebanyak 2.7 juta kes disahkan varian Omicron pada akhir November dengan jumlah kematian berjumlah 4,913 kes. – Reuters

(https://www.reuters.com/world/asia-pacific/australia-fully-reopens-borders-shut-by-covid-pandemic-welcomes-back-tourists-2022-02-20/)