KUANTAN -Pelakon, penyanyi, penerbit dan pengacara, Afdlin Shauki atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan antara 155 yang dikurniakan darjah dan pingat kebesaran kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah hari ini.
Afdlin, 46, menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada majlis pengurniaan darjah dan pingat yang diadakan di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pahang.
Kegembiraan itu dikongsi Afdlin menerusi Instagram dengan memuat naik foto dia bersama ibunya, Fadzilah Jelani yang turut hadir di majlis penerimaan darjah kebesaran tersebut.
Pengarah filem Buli, Papadom dan Sumolah turut mendapat ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis antaranya Datuk Eizlan Yusuf, Datuk Hans Isaac, Nad Zainal, Liyana Jasmay dan kartunis Datuk Lat.
Selain Afdlin, usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dianugerahkan darjah Sri Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri. – MalaysiaGazette