WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, telah bersetuju untuk mengadakan persidangan kemuncak bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin bagi berunding dan berbincang mengenai krisis Ukraine.
Sesi rundingan yang dicadangkan oleh Perancis itu hanya akan dijalankan jika Rusia tidak menyerang negara jirannya, kata White House.
Rundingan ini didakwa mampu menawarkan penyelesaian diplomatik terhadap apa yang dikatakan antara salah satu ancaman perang terburuk di Eropah dalam masa beberapa dekad.
Menurut Pegawai AS, perisikan memberitahu bahawa Rusia sudah sedia untuk melancarkan operasi ketenteraan ke atas Ukraine, walaupun dinafikan Moscow.
Cadangan rundingan diumumkan oleh Presiden Perancis, selepas dua panggilan telefon lewat malam antara Presiden Emmanuel Macron, dan Putin.
Kedua-dua panggilan telefon tersebut dikatakan berlangsung selama hampir tiga jam secara keseluruhan.
Menurut pegawai Macron, butiran mengenai sidang kemuncak akan dibincangkan pada pertemuan antara Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, pada Khamis.
Dalam satu kenyataan perihal rundingan itu, White House mendakwa Rusia masih lagi “menyambung” persediaan untuk serangan ketenteraan besar-besaran ke atas Ukraine tidak lama lagi, dan AS menyatakan bahawa negara tersebut juga bersedia untuk melakukan tindak balas yang cepat dan buruk sekiranya perang tersebut berlaku.
Keadaan di sekitar sempadan Ukraine, di mana lebih 150,000 anggota tentera Rusia dalam keadaan berjaga-jaga dan bersedia menerima arahan. Situasi di sempadan sangat tegang sehingga pertempuran tempatan tersebut boleh mencetuskan kebakaran dan kemusnahan yang lebih meluas, sekali gus menutup pintu diplomasi.
AS dan sekutunya sedar kemungkinan Putin bersedia untuk berunding bukan kerana buntu, sebaliknya menjadikan ia sebagai jalan untuk memisahkan AS daripada sekutunya sebelum pencerobohan. – BBC
(https://www.bbc.com/news/world-europe-60454818)