Home Nasional Pembayar cukai dinasihat semak status sekatan perjalanan luar negara

Pembayar cukai dinasihat semak status sekatan perjalanan luar negara

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pembayar cukai disarankan membuat semakan status sekatan perjalanan terlebih dahulu sebelum merancang untuk ke luar negara.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, sekatan perjalanan adalah tindakan yang dikenakan kepada individu dan pengarah syarikat yang tidak menjelaskan Cukai Pendapatan, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan Cukai Syarikat.

“Pemakluman tindakan tersebut akan dibuat ke alamat terakhir yang dikemaskini oleh pembayar cukai kepada HASiL
melalui data percukaian terkini yang direkodkan.

“Pembayar cukai boleh menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan melalui portal MyTax di pautan https://mytax.hasil.gov.my/.

“Semakan sekatan perjalanan juga boleh dibuat di laman web Jabatan Imigresen Malaysia,” kata LHDN menerusi kenyataan.

Menurut LHDN lagi, pembayar cukai yang mempunyai tunggakan dan dilarang ke luar negara juga dinasihatkan menghubungi pejabat cawangan terdekat.

Cawangan LHDN yang dihubungi perlu yang bertanggungjawab mengendalikan fail cukai individu berkenaan. – MalaysiaGazette