Home Nasional Calon Pro-Aspirasi menang besar di UPM

Calon Pro-Aspirasi menang besar di UPM

Sebahagian penuntut membuat pendaftaran sebelum membuang undi pada Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM 2017 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 26 SEPTEMBER 2017.

SERDANG – Seperti dijangka, calon-calon Pro-Aspirasi berjaya mendominasi kemenangan dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Universiti Putra Malaysia (UPM) kampus Serdang dan Bintulu hari ini.

Calon Pro-Aspirasi menang besar dengan memperoleh 37 kerusi MPP Universiti itu tahun ini.

Daripada keseluruhan, sebanyak 45 kerusi yang dipertandingkan, calon Smart UPM yang mewakili Pro-Mahasiswa hanya memperoleh lapan kerusi.

Awal hari ini, sejumlah 24,000 pelajar UPM pelajar universiti itu keluar mengundi sebelum tempoh mengundi tamat jam 4.30 petang tadi.

Menggunapakai sistem dalam talian atau e-undi, ia nyata memudahkan proses membuang undi dalam kalangan pelajar.

Penggunaan sistem itu diyakini dapat mempercepatkan proses pengiraan undi terutamanya melibatkan kampus Bintulu Sarawak.

Sebanyak 16 fakulti dan satu pusat pengajian di UPM memilih dua calon untuk mewakili kerusi bagi setiap fakulti dan pusat pengajian masing-masing iaitu 34 ahli keseluruhan selain 11 kerusi umum.

Pada tahun lepas Pro-Aspirasi menang 36 kerusi dan Pro-Mahasiswa menang 9 kerusi di UPM.- MalaysiaGazette

24,000 pelajar UPM pilih MPP hari ini