KUALA LUMPUR – Danial Mah Abdullah sebagai Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) yang baharu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa pada 3 Oktober 2017.
Pelantikan Danial Mah telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merangkap Menteri Kewangan.
Beliau menggantikan Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin yang tamat tempoh perkhidmatannya selepas dipinjamkan ke Labuan FSA.
Danial Mah kini menyandang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Labuan FSA sejak tahun 2007.
Beliau juga merupakan Pengerusi bagi Jawatankuasa Risiko Kredit, Pelaburan dan Pengurusan Risiko, Jawatankuasa Pengurusan Aset dan Jawatankuasa Pengurusan Tenaga Mahir Labuan FSA.
Selain itu, Danial Mah juga merupakan Setiausaha kepada Labuan FSA dan mula berkhidmat di Labuan FSA pada tahun 1997, juga telah menyandang beberapa jawatan penting dalam organisasi tersebut.
Danial Mah merupakan ahli Jawatankuasa Eksekutif Pasaran Kewangan Islam Antarabangsa (IIFM), ahli Jawatankuasa Kestabilan Kewangan, ahli ganti Lembaga Pengarah IIFM dan ahli Lembaga Pengarah Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd, Labuan FSA Incorporated Sdn Bhd dan Pristine Era Sdn Bhd.
Beliau juga memegang jawatan Ketua Pengarah Eksekutif interim bagi Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd sejak tahun 2015.
Danial Mah merupakan Akauntan Bertauliah (Chartered Accountant) yang berdaftar dengan Malaysia Institute of Accountants dan juga Ahli Bersekutu Institute of Bankers Malaysia. – MalaysiaGazette