Home Seni Hidup Krisdayanti jadi nenek pada usia 46 tahun

Krisdayanti jadi nenek pada usia 46 tahun

Krisdayanti dan cucu sulungnya.- Foto Instagram.

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti kini bergelar nenek selepas anak perempuan sulungnya, Aurel Hermansyah selamat bersalin anak sulung hari ini.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Krisdayanti, 46, menerusi satu hantaran di Instagram berserta beberapa keping gambar yang turut dimuat naik.

“Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah telah lahir cucu kesayangan kami. Cahaya sempurna bagi keluarga, berjenis kelamin perempuan, tanggal 22 Februari 2022.. pukul 07,40 WIB. Bayi 3.322 gram panjang 48 cm.

“Selamat kepada yang saya cintai suamiku, ananda Atta dan Aurel ,yg saya hormati bapa ibu Halilintar, bapa ibu Anang Hermansyah-Ashanty dan seluruh keluarga yang berbahagia. Saya ucapkan terimakasih yang teramat dalam atas segala perhatian dan doanya,” tulisnya.

Aurel yang juga anak sulung kepada Krisdayanti dan Anang Hermansyah mendirikan rumah tangga dengan YouTuber popular Indonesia iaitu Atta Halilintar pada 3 April 2021. – MalaysiaGazette