Home Nasional JKDNKA rampas rokok seludup, diesel, daging hidupan liar RM7.5 juta dalam tempoh...

JKDNKA rampas rokok seludup, diesel, daging hidupan liar RM7.5 juta dalam tempoh dua bulan

Ops Kontraban dan Ops Bersepadu Khazanah yang dilaksanakan bersama IPK Terengganu, IPK Johor dan IPK Selangor pada Januari 2022 hingga Februari 2022 telah berjaya melakukan lima kes tangkapan dan rampasan bernilai mencecah RM7.5 juta.- Gambar JKDNKA Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) menggagalkan aktiviti penyeludupan kontraban dan hidupan liar menerusi rampasan berjumlah RM7.5 juta menerusi serbuan yang dilakukan dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Serbuan tersebut dilakukan bersama Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Terengganu, Johor dan Selangor.

Pengarahnya, Komisioner Datuk Hazani Ghazali berkata, serbuan pertama pada pada 20 Januari lalu berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran rokok di Terengganu dengan penahanan tiga lelaki dewasa.

Tambah beliau, dalam serbuan tersebut pihaknya merampas 6,630 batang rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM1.9 juta dan empat buah kenderaan.

Ops Kontraban dan Ops Bersepadu Khazanah yang dilaksanakan bersama IPK Terengganu, IPK Johor dan IPK Selangor pada Januari 2022 hingga Februari 2022 telah berjaya melakukan lima kes tangkapan dan rampasan bernilai mencecah RM7.5 juta.- Gambar JKDNKA Bukit Aman

“Dalam kes kedua pula, pada 9 Februari lalu, pasukan serbuan yang sama telah menahan seramai empat lelaki dewasa dan merampas 150 liter minyak diesel bersama sebuah kenderaan lori bernilai RM100,500 di negeri Selangor.

“Kesemua suspek bersama barang rampasan tersebut telah ditahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Hazani, serbuan ketiga yang dilakukan pada 9 Februari lalu menyaksikan penahanan empat lelaki dan rampasan 13 kilogram daging hidupan liar bernilai RM1,200 yang dijual di premis menjual makanan di Selangor.

Tambah beliau, Op Kontraban dan Op Bersepadu Khazanah (OBK) merupakan kolaborasi bersama Jabatan Perhilitan itu dilaksanakan bagi memastikan khazanah negara dilindungi.

Ops Kontraban dan Ops Bersepadu Khazanah yang dilaksanakan bersama IPK Terengganu, IPK Johor dan IPK Selangor pada Januari 2022 hingga Februari 2022 telah berjaya melakukan lima kes tangkapan dan rampasan bernilai mencecah RM7.5 juta.- Gambar JKDNKA Bukit Aman

Hazani berkata, dalam kes keempat di bawah Op Kontraban pihaknya menumpaskan sindiket memproses dan membekalkan minum keras tiruan yang beroperasi Johor hari ini.

Dalam serbuan tersebut, seorang lelaki ditahan dan pemeriksaan lanjut membawa kepada rampasan 2,096 liter cecair yang dipercayai arak tiruan bernilai lebih RM580,000.

Jelas beliau, pihaknya turut turut merampas peralatan memproses arak tiruan seperti mesin pengedap penutup botol dan mesin penyedut air.

Sementara itu, beliau memberitahu, kes kelima dilaksanakan Cawangan Perisikan/ Siasatan Khas menerusi Op Kontraban pada hari ini menyaksikan seorang lelaki berusia 34 tahun diberkas dalam serbuan di Sri Petaling, di sini.

Tambah beliau, dalam serbuan itu polis merampas 2,400,000 batang rokok pelbagai jenama bersama sebuah kenderaan.

Ops Kontraban dan Ops Bersepadu Khazanah yang dilaksanakan bersama IPK Terengganu, IPK Johor dan IPK Selangor pada Januari 2022 hingga Februari 2022 telah berjaya melakukan lima kes tangkapan dan rampasan bernilai mencecah RM7.5 juta.- Gambar JKDNKA Bukit Aman

“Kes ini merupakan rampasan terbesar bagi CPSK, PGK bagi awal tahun 2022 ini dengan nilai rampasan lebih RM 5.06 juta.

“Dengan tangkapan dan rampasan yang telah dihasilkan bagi Januari dan Februari 2022 ini, CPSK, PGK akan terus menjejaki sindiket kontraban dan OBK selain memastikan kegiatan tersebut dibenteras hingga ke akar umbi selaras Way Forward CPSK, PGK yang baharu sahaja diluluskan oleh Ketua Polis Negara,” katanya. – MalaysiaGazette