ALOR SETAR – Seorang wanita berusia 33 tahun patah tulang belakang selepas didakwa ‘terjatuh’ dari tingkat lima Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr. Norhizan Ismail yang mengesahkan kejadian berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah berkunjung ke HSB untuk melawat rakannya.
Kejadian berlaku pukul 5.30 petang Selasa dan mangsa jatuh dari tingkat lima dan terhempas di tingkat dua bangunan hospital.
“Motif sebenar kejadian tersebut sedang dalam siasatan pihak yang berwajib.
“Beliau (mangsa) kini diberi rawatan kecemasan di Jabatan Kecemasa dan Trauma HSB,” ujarnya dalam kenyataan malam tadi.
Menurut Norhizan, keadaan mangsa dilaporkan stabil dan dalam keadaan sedar.
Ujian x-ray mendapati mangsa mengalami patah tulang belakang dan kini menunggu untuk ujian dan rawatan lanjut.- MalaysiaGazette