Home Dunia Beruang gergasi diburu polis, pecah masuk lebih 40 rumah

Beruang gergasi diburu polis, pecah masuk lebih 40 rumah

Seekor beruang hitam gergasi menjadi buruan polis setelah dipercayai memecah masuk berpuluh-puluh rumah di kawasan kejiranan Lake Tahoe sejak musim panas lalu.

CALIFORNIA – Seekor beruang hitam gergasi menjadi buruan polis setelah dipercayai memecah masuk berpuluh-puluh rumah di kawasan kejiranan Lake Tahoe sejak musim panas lalu.

Beruang Hitam Amerika yang digelar Hank the Tank itu mempunyai berat 227 kilogram – lebih besar dan berat daripada saiz beruang biasa telah melangkau hibernasi musim sejuk kerana mendapatkan bekalan makanan.

Menurut pihak berkuasa, haiwan itu mungkin dibunuh kerana sangat selesa di sekeliling manusia dan dikhuatiri  mengancam keselamatan penduduk.

Persatuan hidupan liar meminta agar mamalia gergasi tersebut dipindahkan ke tempat perlindungan.

Hank mendapat nama samarannya dengan caranya menceroboh masuk ke dalam rumah terkunci bagi mencari makanan kerana kelaparan.

Kata jurucakap Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California, Peter Tira, beruang itu menggunakan saiz dan kekuatannya untuk memaksa masuk ke dalam rumah.

“Hank akan menyerbu masuk melalui pintu garaj, masuk ikut pintu depan dan juga mengikuti tingkap” tambahnya.

Hank turut dinobatkan sebagai King Henry dalam akhbar tempatan kerana mudah dikena lpasti memandangkan saiznya yang besar, mantel gelap dengan muncung yang tirus, menurut Jabatan Polis South Lake Tahoe.

Pelbagai kaedah “lembut” telah digunakan menghalau Hank seperti menembak peluru pundi kacang, siren dan taser polis kering namun satu pun tidak berjaya.

Pegawai di Lake Tahoe telah menerima lebih 150 panggilan mengenai Hank yang mengatakan haiwan itu telah memecah masuk lebih 40 buah rumah malah ada antaranya menyebabkan kerosakan teruk dalam tempoh enam bulan lalu. – BBC

(https://www.bbc.com/news/world-us-canada-60486984)