Home Ekonomi MSM minta bursa siasat kejatuhan harga sahamnya

MSM minta bursa siasat kejatuhan harga sahamnya

KUALA LUMPUR – MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) tidak mengetahui punca harga saham syarikat yang merosot lebih daripada 15% daripada harga rujukan.

Saham MSM menjunam sebanyak 17.41% atau 19.5 sen kepada 92.5 sen bernilai RM650.26 juta.

Sehubungan itu, MSM meminta Bursa menyiasat situasi bagi melindungi pemegang sahamnya.

Dagangan hari proprietari (PDT) dan jualan pendek antara hari (IDSS) sekuriti MSM telah digantung pada hari ini.

Bursa Malaysia berkata, penggantungan itu dilakukan ekoran kejatuhan harga saham.

“Jualan pendek di bawah PDT dan IDSS hanya akan diaktifkan pada hari dagangan berikutnya, Khamis, 24 Februari 2022 pada 8.30 pagi,” menurut Bursa Malaysia. – MalaysiaGazette