HOUSTON – Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan lonjakan kukuh sebanyak 5.983 juta tong minyak mentah dalam inventori Amerika Syarikat bagi minggu yang berakhir 18 Februari lalu selepas penurunan sebanyak 1.076 juta tong pada minggu sebelumnya.
Penganalisis menjangkakan peningkatan kira-kira 0.767 juta tong untuk minggu ini.
Harga minyak naik lebih tinggi pada hari Rabu kerana ketidaktentuan kekal berhubung krisis Ukraine.
West Texas Intermediate untuk penghantaran April menokok AS$0.19 sen untuk ditutup pada AS$92.10 setong di New York Mercantile Exchange.
Minyak mentah Brent untuk penghantaran April ditutup tidak berubah pada AS$96.84 dolar setong di Bursa Hadapan ICE London.
Harga minyak meningkat pada hari Selasa apabila ketegangan geopolitik ke atas Ukraine semakin memuncak.
“Kebanyakan panik mengenai peningkatan lanjut konflik Rusia-Ukraine,” kata Carsten Fritsch, penganalisis tenaga di Commerzbank Research, Rabu dalam nota.
Bagaimanapun, penganalisis memberi amaran ketenangan di pasaran mungkin bersifat sementara kerana ketidaktentuan kekal tinggi.
”Pada pendapat kami, terdapat risiko Rusia akan bertindak balas terhadap sekatan dengan mengurangkan penghantaran mengikut kehendaknya sendiri,” kata Fritsch. – Xinhua (http://www.xinhuanet.com/english/europe/20220224/fcaa8c126adc41bda7be1c8b44edd6a6/c.html)