BOGOTA – Kerajaan Colombia menetapkan tiada keperluan memakai pelitup muka di kawasan yang yang mana lebih 70 peratus populasi telah menerima vaksin Covid-19, kata Presiden Ivan Duque semalam.
Langkah ini merupakan kelonggaran yang diguna pakai oleh negara tersebut untuk membendung penularan koronavirus danĀ insentif untuk orang ramai mendapatkan vaksin.
Colombia menyasarkan untuk sekurang-kurangnya 80 peratus daripada 50 juta penduduknya divaksin.
“Perbandaran dengan lebih 70 peratus (populasi) divaksin boleh menarik balik penggunaan pelitup muka di kawasan awam,” kata Duque kepada para wartawan.
Menurut Kementerian Kesihatan, lebih 33 juta orang telah menerima vaksin penuhn di Colombia manakala lebih lapan juta orang telah menerima dos penggalak.
Colombia merekodkan lebih enam juta jangkitan koronavirus sepanjang tempoh wabak itu dengan 138,285 kes kematian Covid-19.- Reuters
(https://www.reuters.com/world/americas/colombia-will-not-require-face-masks-outdoors-areas-with-70-covid-vaccination-2022-02-23/)