Home Politik PRN Johor: BN Johor umum pembahagian kerusi parti komponen

PRN Johor: BN Johor umum pembahagian kerusi parti komponen

Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional Negeri Johor, Datuk Hasni Mohammad berucap pada Majlis Pengumuman dan Penyerahan Watikah kepada Calon Barisan Nasional sempena Pilihan Raya Negeri Johor ke-15 di Dewan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Johor Bahru. Foto AFFAN FAUZI, 24 FEBRUARI 2022.

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) Johor, pada hari ini, mengumumkan pembahagian kerusi untuk parti komponennya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, UMNO akan bertanding di 37 kerusi diikuti MCA (15 kerusi) dan MIC (empat kerusi).

Pengumuman yang berlangsung di Ibu Pejabat UMNO Johor, di sini, turut dihadiri Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, MCA masih belum memuktamadkan senarai calonnya. – MalaysiaGazete