Home Nasional Remaja perempuan didakwa bunuh bayi fail semakan untuk diikat jamin

Remaja perempuan didakwa bunuh bayi fail semakan untuk diikat jamin

pegawai SB memfailkan saman fitnah menerusi peguamnya M Manoharan pada 23 Mei lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap bekas diplomat dan pengarah Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan berdepan pertuduhan membunuh bayi lelakinya yang baharu dilahirkan minggu lepas memfailkan permohonan bagi mencabar keputusan mahkamah tidak membenarkan dia diikat jamin.

Peguam Sangeet Kaur Deo berkata, pihaknya telah memfailkan permohonan itu bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret Kemaman yang tidak membenarkan remaja terbabit dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu pelupusan kes itu.

“Kami (Tetuan Karpal Singh & Co) telah dilantik mewakili remaja itu yang telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Kemaman.

“Permohonan ikat jamin di Mahkamah Majistret telak ditolak pada 15 Februari lepas. Oleh itu, kami telah memfailkan semakan semula terhadap keputusan itu, yang akan didengar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Mac depan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Remaja itu didakwa membunuh bayi lelakinya yang baru dilahirkan di sebuah rumah di Seri Bandi antara 7 hingga 9 pagi pada 8 Februari lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Susulan itu, pada 18 Februari lepas, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan menyebut ia masih boleh meneliti serta menyemak semula pertuduhan terhadap remaja itu, yang didakwa menikam bayinya sehingga mati, dan menggantikannya dengan pertuduhan lain.

Menurut AGC, hal itu selepas mengambil kira perkembangan tambahan termasuk hasil siasatan kes rogol membabitkan remaja berumur 14 tahun 11 bulan tersebut. – Bernama