KUALA LUMPUR – Keputusan Ikatan Demokratik Malaysia meletakkan calon di Larkin telah menyebabkan ketidakpuasan dan telah mengguris hati sebahagian besar akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutamanya di Johor.
Susulan itu, wujud kemungkinan protes dan usaha memboikot calon MUDA di semua kerusi yang ditandingi pada PRN Johor kali ini.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Damansara, Dzulhilmi Zainol berkata, sebagai parti yang baru sahaja diluluskan, MUDA perlu menghormati konsensus dan rundingan yang telah diputuskan tanpa ada rasa dengki jika kerusi yang diinginkan tidak ditawarkan.
Tindakan MUDA untuk meletakkan calon di Larkin memberi isyarat mereka tidak menghormati kerjasama politik bersama PKR dan jelas memperlekehkan usaha PKR terhadap agenda penyatuan parti pembangkang.
Jika Parti Amanah Negara dan DAP masih berdiam diri di atas tindakan MUDA, maka PKR secara bermaruah perlu meletekkan calon di semua kerusi yang ditandingi MUDA. – MalaysiaGazette
BIARKAN KAKI KENCING RAKYAT dan TEMBERANG BERGADUH SESAMA2 sendiri akhirnya MEREKA dapat keHancingannya